RSS

9 Kerja Dari Rumah sebagai Permulaan Menambah Pendapatan

9 Kerja Dari Rumah sebagai Permulaan

by:  S. Abdullah

Salam semua pembaca setia. Sekali lagi kita berjumpa. Dalam post kali ni kita akan membicarakan tentang 9 kerja dari rumah yang boleh anda lakukan sebagai permulaan langkah anda menambah pendapatan dalam dunia moden penuh dengan cabaran. Sebelum itu apa kata kita kenalkan dahulu dengan maksud kerja dari rumah.

Kerja dari rumah adalah satu kerjaya baru di Malaysia namun ia telah lama berkembang pesat di negara-negara maju.  Perkembangan positif ini adalah didorong oleh perkembangan teknologi internet dan multimedia yang berkembang pesat di Malaysia.   Melalui perkembangan ini, peluang kerjaya kerja dari rumah sudah menjangkau ke seantero dunia.  Ini bermaksud seorang pekerja yang berpengalaman sudah tidak relevan lagi untuk kemestian bekerja dari pejabat.  Sebaliknya ia boleh dilakukan dari rumah atau di mana sahaja dengan menggunakan capaian internet.

Di antara bonus membuat kerja dari rumah ialah dapat memberi penjimatan dan penggunaan masa yang lebih efektif.  Peruntukan masa di atas jalan untuk ulang-alik ke tempat kerja dapat dijimatkan.  Selain itu, penjimatan kos bagi pihak majikan dan pekerja adalah lebih praktikal di mana hasil kerja dari rumah adalah sama dengan kerja dari pejabat.  Disebabkan factor-faktor ini, kerja dari rumah menjadi carian yang popular di internet.  Ramai yang ingin tahu apakah pekerjaan atau tugas yang boleh mereka lakukan jika mereka ingin bekerja dari rumah.

Penglibatan rakyat Malaysia di dalam kerja dari rumah di atas talian adalah masih jauh berbanding Filipina dan India.  Masih ramai di Malaysia yang mencari-cari kerja dari rumah yang boleh dilakukan sebagai mata pencarian.  Tetapi ramai yang tidak tahu apa kerja-kerja yang boleh mereka lakukan dari rumah di atas talian.  Di sini saya cuba paparkan contoh-contoh kerja dari rumah yang mempunyai permintaan yang tinggi di atas talian yang boleh dilakukan secara sampingan mahupun secara sepenuh masa.


  • Kemasukan Data (Data Entry)
Tugas ini adalah memasukkan data ke dalam contoh dokumen yang telah disediakan. Tujuan kemasukan data ini ialah untuk mengemas kini pengkalan data. Kemahiran menaip dengan pantas membantu di dalam tugas ini kerana bayaran selalunya mengikut jumlah data yang berjaya dimasukkan ke dalam dokumen contoh.   Penggunaan masa yang fleksibel menjadikan tugas kemasukan data amat popular di kalangan kerja dari rumah.

  • Penterjemah Bahasa (Translator)
Kerja dari rumah yang seterusnya ialah menterjemah bahasa.  Sekira anda mempunyai kemahiran dalam bahasa Melayu, Mandarin atau Tamil, kemahiran ini boleh digunakan di atas talian sebagai aset kerja dari rumah.  Setiap hari terdapat banyak dokumen-dokumen yang perlu diterjemahkan ke atau dari Bahasa Inggeris.  Dari dokumen mudah seperti Sijil Kelahiran hingga ke dokumen yang rumit seperti dokumen perundangan.  Selain dokumen, menterjemah halaman web atau aplikasi mobile ke dalam bahasa lain juga boleh dilakukan sebagai kerja dari rumah.

  • Mengajar secara atas talian (Online Tutor)
Terdapat platform-platform pembelajaran di atas talian di mana tenaga tutor dan pengajar amat diperlukan.  Sekiranya anda seorang guru Bahasa Inggeris, guru Matematik atau sebagainya, anda boleh daftar diri anda sebagai “freelance” tutor untuk mengajar secara online di platform-platform ini.  Anda boleh mengajar di waktu lapang dan ianya adalah kerja dari rumah.  Selain dari platform-platform yang ada, anda juga boleh menjadi tutor peribadi yang mengajar secara atas talian dengan persetujuan masa yang sesuai di kedua-dua belah pihak (murid dan pengajar).

  • Pembantu atas Talian (Virtual Assistant)
Melakukan kerja-kerja pentadbiran seperti menaip dokumen, data entry, kemaskini blog dan menguruskan temujanji.   Perkembangan perniagaan “start-up” seringkali memerlukan pembantu jangka pendek dan juga jangka panjang kerana faktor kos.  Pembantu atas talian diperlukan untuk melakukan tugas-tugas pendtadbiran pada masa tugas itu diperlukan.  Tempoh jangka perkhidmatan adalah selama yang dipersetujui seperti 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan atau 1 tahun.  Sekiranya reputasi anda menyerlah, anda mungkin berpeluang mendapat kerja pembantu atas talian sebagai pekerjaan sepenuh masa.  MS Word, MS Excel, Google Doc, Wordpress antara kemahiran yang perlu anda ada untuk menjadi “virtual assistant”.      

  • Audio Transkripsi
Tugas audio transkripsi  ini memerlukan kemahiran mendengar yang baik.  Mendengar rakaman audio dan menulis semula apa yang dikatakan di dalam rakaman.  Tugas ini memerlukan kemahiran mendengar pertuturan seperti penggunaan loghat Bahasa Inggeris Amerika, British mahupun Australia yang dituturkan di dalam sesuatu audio.  Penggunaan “head set” membantu mendengar audio dengan lebih baik.  Bayaran adalah mengikut tempoh masa sesuatu rakaman audio.   Contoh audio yang perlu ditranskripsikan ialah temubual, wawancara dan video yang memerlukan sarikata.


  • Menguji Aplikasi Mobile (Mobile App Testing)
Sekiranya anda mempunyai talipon pintar iPhone atau talipon berasaskan Android, anda boleh memanafaatkan alat ini dengan membuat tugas ini.  Setiap aplikasi memerlukan ujian keseluruhan di setiap aras sebelum di hantar ke “Google Play” atau “App Store” untuk penggunaan awam.   Tugas anda ialah menguji aplikasi mobile agar ianya bebas dari kod kesalahan “error code” dan menepati citarasa pengguna awam.

  • Menulis Artikel
Kerja dari rumah yang seterusnya ialah menulis artikel.  Kemahiran menulis secara kreatif boleh digunakan untuk tugas ini.  Selalunya, anda akan diminta untuk menulis sesuatu artikel didalam “niche” yang diperlukan.  Anda juga boleh menjadi penulis bebas dan memilih tajuk anda sendiri kemudian menghantar artikel tersebut ke halaman web yang bersesuaian dengan “niche” artikel anda.  Permintaan penulis jemputan juga amat tinggi di mana blogger mahukan kelainan dan kepelbagaian gaya penulisan di dalam blog mereka untuk menarik pengujung halaman.

  • Penyelidikan Internet (Internet Research)
Penyelidikan Internet adalah tugas yang dilakukan untuk mencari dan mengumpul bahan dan maklumat untuk pelbagai tujuan dan keperluan seperti pemasaran, mencari pembekal dan membuat tesis.  Sesetengah tugasan ini memerlukan tempoh masa yang lama menyebabkan penyelidikan internet sering ditawarkan kepada pekerja “freelance” di atas talian.   Kemahiran menggunakan kata kunci yang betul diperlukan untuk mencari bahan dan maklumat yang tepat dan berguna.

  • Admin Laman Sosial
Amat sesuai dilakukan oleh mereka yang berminat menghabiskan masa di laman-laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.  Tugas anda ialah mentadbir dan mengemaskini laman sosial berkenaan dengan posting terbaru.  Juga menjawab komen-komen serta pertanyaan pengunjung laman sosial berkenaan. 

Ini hanyalah sebahagian daripada kerja dari rumah yang boleh anda lakukan.  Terdapat banyak lagi kerja-kerja dari rumah yang memerlukan pelbagai kemahiran yang tidak saya tulis di sini.  Namun tugas-tugas di atas adalah tugas yang saya rasa amat sesuai bagi mereka yang mahu mula berjinak dengan kerja di atas talian.

Diharap penulisan artikel ini dapat memberi sedikit sebanyak idea untuk mereka-mereka yang masih lagi mencari tugas-tugas yang sesuai untuk dilakukan sebagai kerja dari rumah.   Semua pekerjaan di atas memerlukan kemahiran yang tersendiri.  Peluang mendapat tugas untuk dilakukan dari rumah adalah lebih tinggi sekiranya anda mempunyai lebih kemahiran yang diperlukan.  Cuba mempelajari kemahiran-kemahiran baru untuk menambah lagi peluang anda ditawarkan kerja dari rumah.

Cuba elak penipuan atas talian yang sering dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab terhadap pencari kerja dari rumah.  Elakkan pekerjaan yang memerlukan anda mendeposit sejumlah wang untuk mendapatkan pekerjaan.   Gunakan platform-platform yang percuma yang hanya memerlukan anda mendaftar sebagai pengguna.

Terdapat banyak platform percuma yang menawarkan kerja dari rumah. Antaranya upwork.com, freelancer.com. Golance Apa yang anda perlu lakukan adalah daftar dan lengkapkan profile. Seterusnya boleh mula apply kerja. Mudah sahaja kalau betul serius nak tambah pendapatan. Zaman moden sekarang semua benda boleh di lakukan di rumah.

Semoga berjaya. :)

Oh ya. Sebagai rakyat malaysia kita juga untung. Kita masih ada cara lain tambah pendapatan kerja dari rumah. Ingin tahu caranya?.

Baca lebih lanjut sini>>>
http://autotoneexcel.blogspot.my/2016/03/sistem-autodownline-tone-excel-dapat.html




#Keyword: Kerja dari rumah, kerja di rumah, kerja online, Kerja online dari rumah



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment